-
By:
- cikguel
- No comment
Apa kepentingan iCloud???

Umumnya mengetahui bahawa iCloud dari APPLE adalah storan penyimpanan data secara dalam talian seperti Google Drive (Google), OneDrive (Microsoft), Dropbox, iDrive dan macam-macam lagi jenama setoran awan. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Kebiasaannya, yang percuma saiz storannya terhad.
Untuk kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda, apa itu iCloud merupakan perkhidmatan ‘Cloud Drive’ dari syarikat APPLE.
iCloud menyimpan data anda dengan selamat dan memastikan aplikasi dikemaskini pada semua peranti anda. Ini bermakna semua maklumat anda seperti : Kalendar, Kenalan , Cari Rakan Saya , Cari iPhone Saya, iCloud Drive, Keynote, Mail , Nota , Numbers , Pages , Foto , Peringatan yang boleh diakses pada bila-bila masa sahaja. iCloud disediakan dengan 5 GB storan percuma dan anda boleh menambah lebih banyak storan pada bila‑bila masa.
Dengan iCloud, perubahan yang anda buat pada satu peranti dipaparkan pada semua peranti anda yang lain. Anda juga boleh mengakses app kegemaran anda seperti Foto, Mail dan Nota di iCloud.com dalam versi web. Hanya daftar masuk dari mana‑mana pelayar web yang disokong. Lihat Gunakan iCloud.com pada komputer.
Ini adalah beberapa cara anda boleh menggunakan iCloud. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri iCloud, lihat apple.com/icloud.
Harga iCloud mengikut saiz storan

Apa kelebihan iCloud?
Jika anda mempunyai peranti APPLE seperti iMac, Macbook, iPad, iPhone mahu pun Apple Watch, anda akan dapat melihat keperluan iCloud ini dalam ekosistem APPLE. Data dan maklumat yang terdapat pada peranti anda seperti Keynote, Numbers, Pages, iMovie, Clips, Garageband, akan sentiasa dikemaskini. Perkara ini memudahkan tugasan anda apabila mengakses dan mengedit pada pelbagai peranti APPLE anda.
Tetapi, jika anda seorang yang rajin transfer file anda pada external hardisk.. Boleh je. Sebab yang selalu buat penuh iCloud ni.. gambar dan video. dan anda boleh ‘disable’kan Sync photo dan video dari tersimpan dalam iCloud 5GB anda.