Aplikasi SCREEN MIRRORING di Android TV / BOX melalui iPad, iPhone dan Macbook

Aplikasi SCREEN MIRRORING di Android TV / BOX melalui iPad, iPhone dan Macbook

Teknologi MIRRORING MIRRORING atau Pencerminan Skrin merupakan antara kaedah yang mudah untuk anda memaparkan screen dari gajet anda sama ada dari telefon pintar mahu pun melalui komputer riba anda ke layan skrin atau ANDROID TV / BOX.

Kebiasaannya, jika anda menggunakan APPLE TV, anda tidak akan mempunyai masalah untuk memaparkan Pencerminan Skrin dari iPad, iPhone mahu pun Macbook anda kepada mana-mana projektor atau Smart TV yang disambung bersama APPLE TV.

Namun, jika anda sebelum ini adalah pengguna ANDROID atau memiliki Smart TV yang menyokong sistem operasi ANDROID, anda memerlukan APLIKASI yang perlu dipasang (Install) pada Smart TV atau Android Box anda. Di sini saya kongsikan beberapa aplikasi yang saya gunakan sama ada PERCUMA dan BERBAYAR.

  1. AirScreen (Percuma)

Selepas anda memasang aplikasi AIRSCREEN ini di SmartTV / Android TV anda, anda perlu pastikan sambungan WIFI pada peranti anda (iPad, iPhone & Macbook) adalah sama dengan SMART TV / Android TV anda.

Paparan dari iPad/iPhone anda akan kelihatan di Smart TV / Projektor yang disambungkan dengan Android Box

2. APOWERMIRROR (Perucma)

Selain itu, terdapat lagi beberapa aplikasi SCREEN MIRRORING yang berbayar seperti SCREEN MIRRORING , 1001 TV’s, REPLIKA dan macam-macam lagi aplikasi pencerminan skrin di operasi sistem android.

Pastikan anda baca terma dan syaratnya. Kebiasaanya, dia berikan TRIAL FREE.. lepas tu BERBAYAR, kalu anda tak nak guna selepas tempoh percubaan, sila UNINSTALL, kalu tak, memang kena bayar la lepas tu tanpa anda sedari. huu..huu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.