-
By:
- cikguel
- 24 Comments
Astro Go kini Percuma

Tahukah anda… sekarang ni Astro Go adalah PERCUMA kepada semua pelanggan ASTRO langganan bulanan (yg langgan NJOI tak dpt service ni).
Sebelum ni.. Aplikasi ‘Astro Go ‘ ni kena bayar. Sebab aku pernah ditawarkan dulu dengan ada yuran langganan bulanan.. So, aku cuma try 1 bulan Free, lepas tu tak subcribe yuran bulanan (2 thn dulu).
So, petang tadi (28/12/2019) singgah ke Kuantan Coty Mall, Kuantan sesajer singgah di Booth Astro sebab ada Patung Didi and Friends bagi anak bergambar. Pada masa yang sama ada kaunter khidmat pelanggan tebus goodies Astro Go. Masa tu lah baru aku tahu, yang Astro Go sekarang ni FREE untuk 4 Gajet anda dalam 1 masa.. Woww… So, aku pun try.. mmg puas hati.. lepas ni.. dah x payah bergaduh TV Astro di rumah dengan anak. Cuma Astro Go ni.. Fully Online. Boleh ‘rakam’ rancangan yang kita tak sempat nak tengok hanya melalui apps Astro Go.
Di sini saya nak share cara-cara nya :
1. Install Astro Go di Smartphone atau Gajet anda. Atau di klik pautan ni Astro Go.
2. Jika anda belum pernah daftar, sila daftar dulu. Kalu tak ingat password ID yang pernah didaftarkan, Klik forget your password.
Kemudian, masukkan maklumat No. Akaun Astro anda, email dan kata laluan baru.

3. Pada paparan utama, anda boleh lihat apakah siaran yang dapat tonton. (Bilangan siaran bergantung pada pakej langganan anda. Senang cerita, apa yg tonton di rumah, mala boleh lah juga ditonton pada gajet anda).
Klik ‘All Channel’ untuk melihat siaran yang anda ingin tonton.
4. Di bawah ni adalah senarai siaran yang anda boleh tonton. Kalu nak rakam, klik rancangan yang anda nak rakam.
5. Klik ‘Record’ untuk mula rakam siaran yang anda hendak rakam.

Semoga info ini memberikan manfaat pada anda. So, lepas ni boleh lah rakam mana-mana rancangan yang boleh dijadikan Video Pdpc dalam kelas. Bila dah record.. x perlu dah internet.. hee..hee… Time relief boleh tayang Movie, sebeluk tayang bagi soalan siap2.. supaya murid kita bersedia dan lebih fokus, sbb dia org ada tugasan. Bukan sekadar tonton sahaja..
Selamat mencuba.
24 comments
-
-
ye betul.. setakat ni.. sy mmg tiada dikenakan apa2 bayaran tambahan.
-
-
Klu pelanggan injoi xble ke?
-
hanya pelanggan ASTRO yg bayar bulan2 je.. NJOI x leh
-
NJOI.. x leh… huu..huu..
-
-
saya nk tanya, mmg semua movies yg ada dlm ni cthnya IT, Ejen Ali dan sbgnya kita boleh tgk for free? semua channel x perlu bayar? sbb movies tu dkt tv kan dia bahagian astro first x silap saya, saya dh ada acc astro go cuma takut nk tgk sbb takut di caj
-
Channel yg boleh ditonton.. bergantung pada Pakej akaun ASTRO anda..
-
-
Kenapa sy nak buat untuk peranti kedua tak boleh?account already link..mcm mana nk buat ya?
-
Kalau yang tak pernah langan astro macam mana pula? Boleh tonton secara free tak kalau register?
-
perlu ada akaun astro utk Sign in.. sbb dia minta no.akaun pelanggan astro. Unless.. ada Makcik Sedara yg sudi bgi pinjam no.akaun.. huu..huu….
-
-
Kalau yang tak pernah langan astro macam mana pula? Boleh tonton secara free tak kalau register? Atau kena bayar?
-
Perlu ada akaun ASTRO untuk Sign in.
-
-
Cara nak tengok kata laluan mcm mna pulak ye encik
-
apply forget password. nnt dia akan bagi password baru melalui emel yg andadaftarkan.
-
Tgk astro go ni mmg free ke? Kiranya bayar bill astro yg bulan² tu jela kn? Kira tgk astro go ni dia tak caj la bill bulan²?
-
free.
-
-
-
-
Mmg dlm bill x yah byr eh , satgi subscribe tetiba bill astro melambong
-
Setakat ni.. mmg free.. sbb org skrg tgk cerita dlm gajet dah.. hee..hee…
-
-
Nak tanya. Kalau dh terminate astro, boleh tgk astro go lagi ke?
And kalau boleh tgk lagi kena charge tak nanti?-
tidak.
-
-
1) Kalau macam tengok melalui astro go, kiranya tak dikenakan caj apa² la ya? Kiranya bayar yang bill bulan² jela ya??
2) soalan kedua sy, kalau dekat tv kita tak ambik astro citra, tp dalam astro go kita tgk drama dekat situ, kena caj ke??
-
1. tiada bayaran tambahan.
2. Di Astro Go, siaran yg boleh kita tonton adalah berdasarkan siaran pakej yg anda langgani.
-
-
Problemnya dah tak aktif astro ni dalam lebih 3 tahun. Tapi bila buat astro id utk astro go pakai account number yg dh tak aktif ni, saya boleh daftar. Then td genap sebulan saya pakai, bill pon masuk melalui mesej saya. Mcm mne saya nk terminate, dan klau saya tak bayar sampai dia terminate sndiri boleh ke, sbb saya tak mampu nk komit bulan bulan.
-
Maaf, saya tak past. Boleh hubungi helpline Astro untuk meklumat lanjut dan aduan. 03 – 9543 3838
Maaf, tuan.. saya pengguna Astro sebelum ni, bukan agen Astro.
-
jadinye kite x perlu bayar ape2 lh kn untuk astro go ni…ape yg kite bayar astro bulan2 tu je lh yg perlu dibayar kn ?