Bengkel Master Trainer Microsoft Office 365 Anjuran PGSM Tahun 2019

Bengkel Master Trainer Microsoft Office 365 Anjuran PGSM Tahun 2019

Master Trainer Microsoft Office 365 penganjuran Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM)

Pada 16 – 18 Disember 2019 yang lalu PGSM telah menganjurkan julung pertama kalinya Bengkel Master Trainer Microsoft Office 365 kepada lebih kurang 96 ahli persatuan PGSM yang berdaftar. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru kemahiran menggunakan Microsoft Tools dalam pengurusan dan pdpc.

Banyak topik yang diajar sepanjang bengkel 3 hari yang berlangsung di Bangunan TNCPI White House, UPM Serdang. Antaranya ialah Office 365 online, Outlook, OneDrive, Onenote, Microsoft teams dan lain-lain lagi.

Berlabuh tirai Bengkel Master Trainer Microsoft Office 365, 2019. Terima kasih yg tidak terhingga PGSM (Persatuan Guru STEM Malaysia) yg sudi menganjurkan bengkel ini utk ahli-ahli PGSM yg berdaftar. And special thanks to Pn. Fairuz Zainal as our Facilitator dari Edufye Learnscape dan Cikgu Fadzli, peserta E2 (2019)… Banyak ilmu yg dpt ditimba…

Terima kasih Persatuan GURU STEM Malaysia untuk peluang berharga ini. Jom daftar jadi ahli PGSM jika anda mahu peluang seperti ini. Banyak peluang dan keistimewaan untuk direbut melalui PGSM. Nak tengok gambar event.. boleh klik pautan SINI.

Klik untuk daftar disini http://bit.ly/daftarpgsm

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.