-
By:
- cikguel
- No comment
Cabaran Guru semasa PdPR -PKP 2.0
Google Meet tidak keluar suara bila Share Video dengan gajet..???
Salam hormat,
Sememangnya menjadi guru sewaktu PKP ini snagat mencabar. Guru perlu ada ‘tambah nilai’ dalam penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran terkini. Tidak kira sama ada guru ‘junior’ mahu pun guru ‘senior’ yang sudah lamamengajar dan berpengalaman, namun dengan situasi kini guru-guru perlu mencari pelbagai kaedah dan alternatif untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik mereka.
Merujuk kepada surat siaran pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM.600-9/626 Jld.2 (8) ) -muat turun pdf- telah menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2 (muat turun pdf).
Lantaran itu, admin dihujani dengan pelbagai pertanyaan berkaitan teknikal bagi guru-guru melaksanakan PdPR secara dalam talian.


Jadi, di sini admin nak sharekan isu yang selalu berlaku pada guru-guru, bila nak share video melalui Google Meet/Microsoft Teams menggunakan smartphone/iPhone/iPad/tablet (android).
Solusi:
- Mirroringkan Screen iPad/tablet/phone ke laptop/macbook. Google Meet/Microsoft Teams ‘run’ daripada Macbook/laptop.
- Record video siap2, dan play video dari laptop/macbook.
- Kalu sekadar annotate (tulisan2 atas screen) tanpa AUDIO.. xde masalah nak share screen dgn Google Meet/Microsoft Teams dari iPad/tablet.
Di sini saya senaraikan beberapa Apps yang percuma dan berbayar.. yang pasti berbayar lebih smooth dan kurang masalah serta ia mudah digunakan.
- AirServer
2. LetsVIEW (Free)
3. 5K Player (FREE)
baru ni..sy ada buat LIVE Sharing bersama Ustaz Shyakir Mokhtar cara-cara menggunakan apps AirServer