-
By:
- cikguel
- 4 Comments
DELIMa: Poligami Pelantar Pembelajaran?
Sesi Webinar dan pelancaran DELIMa melalui salauran youtube EduWebTV KPM telah disaksikan oleh puluhan ribu warga pendidik di negara ini secara langsung yang telah rasmi dan dilancarkan oleh Ybrs. Dr. Habibah Abdul Rahim Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Apa itu DELIMa?
DELIMa adalah akronim bagi (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) atau Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia merupakan platform pembelajaran digital kepada pendidik, guru dan pelajar. Platform ini juga merupakan usaha kolaboratif melalui 3 industri teknologi gergasi iaitu Apple, Microsoft dan Google.
Platform DELIMa boleh diakses oleh guru dan pelajar melalui Portal moe-dl.edu.my menawarkan semua aplikasi dan perkhidmatan yang diperlukan oleh guru dan pelajar dalam sistem sekolah Malaysia, termasuk teknologi dan sumber yang membolehkan pembelajaran digital seperti Google Classroom, Microsoft O365 dan Apple Teacher Learning Center.

Anda boleh saksikan majlis pelancaran DELIMa melalui saluran Youtube
4 comments
-
-
Seperti yang dijangka..
-
-
Thank you!!1
-
your welcome.
-
Wow, memang best gabung tiga-tiga teknologi gergasi ni 👍👍👍