-
By:
- cikguel
- No comment
iPad Generasi 8 dan iPad Air 4, semakin ‘advance’
Yang dinantikan bakal tiba, tahun 2020 merupakan antara tahun yang produktif bagi pengeluaran peranti apple. Bermula awal tahun 2020, semasa PKP, Apple telah melancarkan iPad Pro 11′ Gen2 dan iPad Pro 12.9′ Gen4. Kini dipenghujung tahun 2020 Apple sekali lagi mengeluarkan pula iPad Generasi 8 dan iPad Air Generasi 4.
Dengan menampilkan prosessor A12 Bionic dengan enjin Neural, model iPad kali ini memberikan pengalaman yang lebih hebat.
iPad Generasi 8
Dikeluarkan dengan kapasiti 32GB dan 128GB, berukuran 10.2 inci lebar paparan skrin, resolusi pixel 2160×1620, kecerahan nits 500 dan mampu merakam video 1080p pada 30 frame persaat pastinya memberikan pengalaman yang hebat kepada anda dengan penggunaan APLLE PENCIL Generasi 1.

Harga iPad Gen8 : (Harga EDU)*
Kapasiti 32GB- RM1,369 (wifi) & RM1,919 (wifi + cellular)
Kapasiti 128GB – RM1,769 (wifi) & RM2,319 (wifi + cellular)
iPad Air Generasi 4
Dipacu oleh Cip A14 Bionic menampilkan prestasi CPU dan grafik yang sangat pantas. Reka bentuk semua skrin dengan paparan Liquid Retina 10,9 inci yang menampilkan warna True Tone dan P3 lebar.

Menawarkan kamera belakang 12MP dengan Focus Pixels dan kamera 7MP FaceTime HD dengan prestasi cahaya rendah yang ditingkatkan.
Menariknya, bermula iPad AIR 4 ini, ia ditingkankan dengan gabungan APPLE PENCIL Generasi 2.

Harga iPad AIR 4: (Harga EDU)*
Kapasiti 64GB – RM2,399 (wifi), RM2,949 (wifi + cellular)
Kapasiti 256GB – RM3,049 (wifi) & RM3,599 (wifi + cellular)
Layari pautan di bawah untuk paparan harga EDUCATION.