Pencarian CIKGU JUARA DIGITAL 2022 seramai 50 orang cikgu tahun ni..???

Pencarian CIKGU JUARA DIGITAL 2022 seramai 50 orang cikgu tahun ni..???

Setiap tahun, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan mengadakan program pencarian Cikgu Juara Digital (CJD). Cikgu Juara Digital ialah program oleh #mydigitalmaker secara eksklusif untuk mencari guru yang menetapkan penanda aras dalam hal teknologi pendidikan di Malaysia. Objektifnya adalah untuk memberikan PENGIKTIRAFAN / PENGHARGAAN kepada guru yang menggunakan pendidikan digital dan berinovasi yang berpotensi menjadi Cikgu Juara Digital untuk memberi inspirasi dan melatih guru lain.

Terdapat 3 katogari buat pertama kalinya dianjurkan. Siapakah yang dicari..???
1. Guru prasekolah dan tadika

2. Guru sekolah rendah dan menengah

3. Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan

Apakah kriterianya?

✅ Mempunyai minat yang mendalam untuk transformasi bidang pendidikan melalui teknologi

✅ Menggunakan Teknologi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah

✅ Menggunakan Teknologi Digital dalam Pentadbiran di sekolah (pentadbir)

✅ Suka menambah ilmu serta berkongsi amalan terbaik mengenai teknologi dan pendidikan kepada rakan guru yang lain

✅Mengambil bahagian dalam program berteraskan teknologi dan inovasi

✅ Aktif di sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Website, Blog dan sebagainya

Hantarkan penyertaan anda untuk memenangi Anugerah #CikguJuaraDigital 2022 di sini bit.ly/CJD2022💥TARIKH PENYERTAAN : 16 MAC – 20 APRIL 2022💥

#mydigitalmaker #SayaDigitalKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMMMYdigitalmakerKementerian Pendidikan MalaysiaInstitut Pendidikan Guru KPM -Rasmi

Kenangan semasa menerima anugerah oleh YB Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.