Telegram vs Google Meet

Telegram vs Google Meet

Penggunaan aplikasi semasa PdPR ini amat memeningkan kepala guru-guru di luar sana. Mereka perlu ‘menerokai’ apakan aplikasi yang memudahkan untuk mereka melaksanakan proses PdPR secara dalam talian dengan mudah dan berkesan.

Google Meet adalah antara platform dari Google yang sangat popular di kalangan warga pendidik terutamanya semasa pendemik. Ia juga merupakan antara platform ‘Meeting’ yang sangat sinonim kerana ianya percuma dan semua peranti boleh menggunakannya.

Namun, sejak kebelakangan ini, Google Meet telah menghadkan KEUPAYAANNYA apabila kita hendak memaparkan Video melalui ‘ENTIRE SCREEN’ atau WINDOWS tidak ada menu ‘SHARE AUDIO’ kerana fungsi ia hanya ada pada share di ‘Chrome Tab’. Jadi ia menjadi satu kesukaran sekiranya guru menggunakan peranti seperti tablet (android) mahu pun iPad (Apple).

Paparan menu SHARE SCREEN di Telegram

Solusinya, baru-baru ini aplikasi TELEGRAM menambahkan fungsi SHARE SCREEN with AUDIO pada aplikasinya menjadikan TELEGRAM antara aplikasi yang terbaik dan paling banyak fungsinya.

Di sini, ada video tutorial cara penggunaanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.